Life Is About Change..Sometimes Its Painful...Sometimes Its Beautiful...Most Of The Time..Its Both..

Saturday, February 20, 2010

SALAM 2010


Salam semua, pejam celik..pejam celik..kita semua telah pun berada di tahun 2010…pantasnya masa berlalu…2010 pun dah hampir berada di pertengahan bulan kedua….atau lebih tepat lagi bulan Februari…hmm, ini merupakan post kita yg pertama utk tahun 2010 ni…agak lama kita dah tinggalkan blog ni…bukan sbb tandus idea….tapi kesibukan dengan tugas dan kehidupan..menyebabkan blog ni terbengkalai…freeze…huhu..walaupun dlm posting sblm ni..kita dah berkata akan update blog nih…hehe..tapi nmpknya hasrat tu tak terlaksana…dan pada hari ini…baru lah jari jemari ni….terasa rajin..untuk menaip dan mencurah sesuatu untuk menghidupkan semula blog ni…taknaklah jadi mcm hidup segan mati tak mahu….

So, bercakap psl tahun 2010….rasanya belum terlambat utk kita ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2010 buat semua…hehe..kiranya HAPPY BELATED NEW YEAR…pertama kali dlm hidup kita…time awal tahun baru…kita menyambutnya di Singapore…hehe…tapi takde apa pun yg special nya…sbb mlm sambutan tahun baru tu…kita baru je arrived kat bumi Singapore….cuma berkesempatan tgk kat countdown kat TV sana je..ahaks….lagipun, bagi kita..better lepak depan TV je…drpd bersesak dgn org ramai n traffic jem kat luar….bukan apa, sbbnya sblm ni dah pernah melalui pengalaman sambutan tahun baru kat KLCC…rasanya dalam tahun 2005..perghh…itulah pengalaman pertama dan terakhir( I guess)….mmg agak menyesal pergi sambutan tuh…sbbnya suasana masa tu..dah lah penuh dgn mamat2 indon yg busuk…buat kecoh….eee….rimas..dan nak balik pun…terpaksa berebut2, bertolak2 dan berhimpit2 dgn org ramai…mcm dlm tin sardine…tobat la….taknak dah pergi lagi…serik….nasib tak pengsan masa tu…moral nya better dok umah je…ataupun kalau nak tgk sambutan…better booked hotel ke kat area2 situ..dan tgk jek lah dari bilik hotel…(itu kalau nk tgk sgt la…huhu)

Haa…tiap kali tahun baru…mesti orang akan cakap psl azam kan…tapi bukan azam nama org tau…ahaks…ini azam berkenaan apa yg ingin dicapai dalam hidup ni…kesungguhan utk mencapai dan memperolehinya…..actually, saban tahun..tak penah pun kita ada azam…haha…harapan dan doa tu..adalah…so..harapan kita pada tahun ni..adalah untuk lebih maju dlm hidup…nak jadi pekerja yg lebih baik…ahaks…yelah dah hampir 6 tahun bekerja…dan harapnya adalah kemajuan dalam kerjaya kita…selain itu, kita mengharapkan agar tahun ini…kita dikurniakan kesihatan yg lebih baik…serta sentiasa dimurahkan rezeki…JODOH??? Hmmm, I guess not….sbb tak nampak bayang-bayang ke arah itu pun...biarlah..itu urusan Allah…bukan kita tak penah berusaha utk memiliki jodoh…tapi..nampaknya Allah belum memberi keizinan…so what else should I do…??? selain dari berserah je pada ketentuan DIA….

Okaylah, setakat ini dulu coretan kita buat masa ini…semoga bertemu lagi di lain coretan InsyaAllah…..daaaaaaaaaa…..


0 : Apa Korang Kata:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...