Masa pun pantas berlalu, hampir seminggu kita langsung tak nampak dia mahupun kelibatnya…dalam hati ada juga tertanya-tanya..ke mana pula dia menghilang….lepas seminggu…akhirnya, kita terserempak dgn dia waktu tunggu lif…serta merta hati yg tgh badmood pagi tu…(adalah banyak hal terjadi pagi tu yg buat kita tersangat badmood..) bertukar ceria…(tak faham kenapa kita rasa mcm tu..huhu)….Cuma waktu tu, satu perkataan pun tak kuar dari mulut dia..mahupun mulut kita….entah lah..lidah rasa kelu, walaupun hati nak bertanya…ke mana dia menghilang seminggu…tapi..persoalan tu dibiar berlegar dalam kepala…hanya senyuman menguntum di bibir masing-masing…chewah…
Beberapa hari selepas tu, waktu kita berjalan dari tandas nak masuk ke ofis….kita terserempak lagi dengan dia…kali ni..dia bertanya lagi.. “ akak, betul ke belum kawen..” kita pun menjawab…. “ ya..belum..”…menci tul dgn soalan camni tau…huhuh… kemudian dia tanya lagi… “umur awak berapa?”…kita suruh dia teka sendiri “.then kita just tunjuk pas keselamatan yg ada tertera no IC dan suruh dia kira sendiri….dia mcm tak percaya plak dengan umur sebenar kita…huhu…dia masih tak puashati dan tanya…semula, betul ke kita belum kawen…(yelah, tau lah kita ni dah tua…pelik lah dia nape tak kawen2 lagi even umur dah byk..) hmm, byk lagi benda yg dia tanya…letih nak taip…tapi at last..dia pun minta no phone kita.. mulanya kita berdalih utk taknak bagi, tp bila fikir semula..rasa tak salah pun if dia ikhlas nak berkawan…lepas beri no phone….masing2 pun beredar…
Malam hari yg sama dia start hubungi kita, dan 1st time berbual dgn dia dalam telefon..mcm2 perkara yg dia tnya…kita ni agak kurang selesa utk menjawab semua pertanyaan dia, sbb kita ni if belum kenal…kita tak suka utk ceritakan apa-apa pun ttg diri kita…biasanya kita amik masa utk ceritakan perihal diri kepada siapa-siapa pun…disebabkan kita banyak nak berahsia..dengan selamba je dia sound kita…ada ke patut dia cakap…patutnya umur dah banyak mcm kita ni…bila di tanya sepatutnya dah boleh jawab soalan tu dgn mudah…amboi, main kasar nmpk…dan yg buat kita rasa tak bestnya..sbb dia sibuk mengadu masalah kewangan yg dia hadapi…entahlah, pd kita…selalunya org yg mengadu masalah tu sebenarnya nak cari ruang dan peluang…apantah lagi, dgn selamba mintak kita plak yg belanja dia makan…hmmm…agak musykil dengan situasi tu, kita endah tak endah je dgn permintaan dia tu…bukanlah sbb kedekut, tapi logiknya…ada ke org baru je nak kenal..tiba2 dah mintak nak suruh belanja pulak, then siap tanya pulak kete apa yg kita gunakan….ada juga ayat dia yg kata…kita ni senang…dah keje tetap dan keje lama dalam kerajaan..so mesti takde masalah kewangan(banyak le takde masalah…tak tau camne kita nya expenses setiap bulan..) sambil ngadu masalah dia…(nak mintak simpati lah tu..) bila dia bercakap hal tu..buat kita ragu dgn keihklasan dia..yela…dia ni nak berkwn sbb nak tumpang senang ke? Yela, at least kalau kenal, tak jadi masalah pun utk kita bantu… Walaupun kita ni taklah senang pun…lepas tu siap sound pasal berat bdn plak…huhuh…katanya suruh exercise…kalau nak bdn cantik..kenalah exercise..bukannya bangun je tido dah bole dpt body cantik..hmm..kurang asam betul…katanya lagi, dia tahu yg kita ni sensitive dan tak boleh org tinggi suara atau marah..mesti akan sentap..katanya dia tau kita ni anak manja…dan yg paling kita tak bole lupa, bila dia cakap…dia tau kita ni sedang mencari cinta…hmmm..(ada ke..?) dia kata kita ni dah banyak kali kecewa dan susah nak percaya dan terima cinta…(what the hell his talking about…) benda-benda mcm inilah yg buat kita tertanya-tanya…siapa dia sebenarnya..dan mcmana byk betul andaian dia ttg diri kita…yg sememangnya betul…(cara dia buat kita rasa pelik dan takut sebenarnya..) bayangkan, tak pernah kenal..tapi..dia boleh cakap mcm2 hal ttg diri kita…
Dalam perbualan tu jugak, dia ada berkata dengan kita..maybe waktu ni je kita dan dia akan dapat berbual mcm ni, lepas ni maybe dia tak guna no yg sama…tambahan pulak ofis dia nak berpindah ke tempat lain…so kita takkan dapat berjumpa dengan dia lagi….ntahlah, apa yg terlintas kat fikiran kita…kalau benar ikhlas nak berkawan, kenapa mesti cakap mcm tu…yelah…maksudnya if tukar no phone pun, mustahil la tak bole beri no yg baru….as long dia still ada no hp kita, dan lagi satu…even dah pndah ofis pun…bukan maksudnya tak boleh jumpa….dan kata-kata dia tu…telah buatkan kita rasa curiga…yg sememangnya, dia tak ikhlas nak berkawan dgn kita, maybe dia ada niat tak baik, manalah tahu nak kikis duit ke apa ke..dan kemudian dia akan lesapkan diri dia tanpa dpt dikesan( jahat kan pemikiran kita nih..huhu) pesanan terakhir dia masa dalam telefon dgn kita..dia berpesan.. “sayanglah diri sendiri..sebelum sayangkan org lain…”
Dan seperti kita jangka, beberapa hari lepas tu..dia mula menjauhkan diri….ada juga kita cuba hubungi no dia, tp malangnya dia boleh tanya siapa kita ni..dan dari mana dapat no dia..punyalah menyakitkan hati….adakah dia buat mcm tu sbbkan kita taknak belanja dia makan…sbb sehari lepas dia hubungi kita, dia ada mintak kita belanja dia makan, katanya kita ada berjanji utk belanja dia makan sebelum dia pindah…entah bila masa kita ada berjanji ntah…huhuh….sebenarnya kita bkn nya taknak belanja, tapi cara dia mintak tu..mmg tak kena gaya….lepas tu..hubungan terus renggang, dan dia langsung tak hubungi kita lagi, dan kita ada cuba hubungi dia, tapi tak berjaya….akhirnya, kononnya bila dihubungi pihak sana maklumkan yg dia tidak lagi menggunakan no tu…hmmm, dan dia pun dah berpindah tempat kerja….so…whatever..just le he gone like wind….sama ada betul atau tidak dia dah tak gunakan no itu, kita pun tak pasti….whatever…..
Cuma yg menjadi persoalan kita, siapa dia sebenarnya? mcmana dia boleh membaca sikap kita…membuat andaian ttg diri kita? Andaian yg 99.9% adalah tepat..dan kenapa dia buat kita mcm ni…kita bukanlah kecewa, Cuma tertanya-tanya..kenapa pada peringkat awalnya, dia boleh usaha dan menunjukkan minat utk berkwn dgn kita…tapi dgn tiba-tiba dia boleh berubah sekelip mata dan menganggap dia tak pernah kenal diri kita….bagi kita senang je..kalau dari awal takde niat or minat nak berkawan….kenapa harus mulakan semua tu….??? hmmmm……lagi satu..kenapa susah sgt ye utk bertemu dgn org yg ikhlas nak berkawan dgn kita…serta dapat menerima kekurangan dan kelebihan diri kita….wallahualam….